1 min read


          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang latar belakang Starbucks Corporation. Rasanya semua tahu kan Starbucks ni kedai apa. Starbucks amat popular di setiap negara begitu juga dengan negara Malaysia. Untuk makluman semua, Starbucks Corporation adalah rangkaian kedai kopi antarabangsa yang berpangkalan di Seattle, Washington, Amerika Syarikat. Starbucks adalah syarikat kedai kopi terbesar dalam dunia, dengan 16,120 buah kedai di 49 buah negara, termasuk sekitar 11,000 di Amerika Syarikat, dikuti hampir 1,000 di Kanada dan lebih daripada 800 di Jepun. Tahukah anda ? Starbucks menjual drip brewed coffee, minuman panas berasaskan-espreso, minuman panas dan sejuk lain, makanan ringan, dan barangan seperti koleh dan biji kopi.

Selain itu, melalui bahagian Starbucks Entertainment dan jenama Hear Music, syarikat turut memasarkan buku-buku, muzik, dan filem. Kebanyakan daripada produk syarikat adalah bermusim atau khusus untuk lokasi sesebuah kedai. Aiskrim jenama-Starbucks dan kopi adalah juga dijual di kedai-kedai runcit. Daripada pengasasan Starbucks' di Seattle sebagai satu pemanggang biji kopi setempat dan peruncit, syarikat telah berkembang dengan pesat. Dalam 1990-an, Starbucks merasmikan sebuah gedung baru setiap hari bekerja, satu langkah yang berterusan hingga 2000-an. Kedai pertama luar Amerika Syarikat atau Kanada dibuka dalam pertengahan 90-an, dan kedai-kedai luar negara kini membentuk hampir satu pertiga daripada kedai-kedai Starbucks'. Sebenarnya, syarikat merancang untuk membuka 900 cawangan baru di luar Amerika Syarikat pada 2009, tetapi telah mengumumkan penutupan 900 kedai di Amerika Syarikat.

Sebagai makluman, Starbucks asal telah dibuka di Pike Place Market di Seattle, Washington pada tahun 1971 oleh tiga orang sahabat iaitu guru bahasa Inggeris Jerry Baldwin, guru sejarah Zev Siegel, dan penulis Gordon Bowker. Sahabat bertiga itu menerima ilham daripada Alfred Peet, (kenalan peribadi mereka), untuk menjual biji kopi bermutu tinggi dan kelengkapan membuat kopi. Dari 1971-1976, Starbucks pertama di 2000 Western Avenue; yang kemudian berpindah ke 1912 Pike Place, yang kekal hingga kini. Ketika tahun pertama operasi, mereka membeli biji kopi hijau dari Peet's, selepas itu mereka mula membeli terus dari penanam kopi. Usahawan Howard Schultz menyertai syarikat itu pada 1982 sebagai Pengarah Pemasaran, dan, setelah kembali dari melancong di Milan, Itali mencadangkan agar syarikat ini menjual minuman kopi dan espresso serta juga biji kopi. Baiklah, setakat itu sahaja maklumat yang boleh saya kongsikan kepada anda semua mengenai Starbuck. Selamat berjumpa lagi.


Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com



Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING