1 min read
         
          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang Rope Walk yang terletak di Taman Selat, Butterworth, Pulau Pinang.Bagi orang Pulau Pinang perkataan Rope Walk adalah popular dengan tempat menjual barang barang lama atau lebih popular dengan nama “Pasar Karat” yang kini terletak di Lorong Kulit bersebelahan Stadium Bandaraya. Namun begitu bagi generasi muda dan pelancung luar dari Pulau Pinang mungkin mereka tidak tahu asal usul Rope Walk. Nama Rope Walk berasal dan di ambil daripada satu lorong yang bernama “Jalan Pintal Tali” atau Rope Walk yang terletak di sebuah lorong yang terletak berhampiran dengan Komtar.

Bermula lebih kurang pada tahun 1970 beberapa penduduk setempat telah memulakan perniagaan menjual barang barang terpakai yang kemudiannya dari masa ke semasa bertambah orang yang datang berniaga di sini sehinggakan lorong ini menjadi sesak bukan saja kerana kehadiran pelancung tetapi kerana bertambahnya peniaga-peniaga yang menumpang popular lorong ini dan menyebabkan pihak kerajaan negeri telah mengubah lokasi perniagaan ini dari Jalan Pintal Tali ke Lorong Kulit pada tahun 1992. Pada asalnya perniagaan di Rope Walk ini hanyalah menjual barang barang terpakai dari berbagai jenis dan bentuk tetapi setelah di pindahkan ke lokasi yang baru ini perniagaan pasar karat yang sinonim dengan Rope Walk ini telah menjadi minoriti.

Walaupun ianya sudah hampir 30 tahun lokasi perniagaan yang berasal dari nama sebuah lorong ini berpindah ke lorong yang lain namun nama Rope Walk masih kekal di gunakan sehingga ke hari ini malah sebuah lagi pasar karat di wujudkan di Seberang Perai juga di kenali dengan nama Rope Walk Bagan yang di kendalikan oleh Koperasi Taman Selat. Rope Walk juga merupakan pasar karat yang pertama wujud di Malaysia dan kini Rope Walk Lorong Kulit dan Rope Walk Taman Selat adalah antara 7 pasar karat paling popular di Malaysia menjadi tarikan pengunjung yang datang ke Pulau Pinang.

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING