1 min read


          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang tempat yang menarik yang boleh kita lawati di Butterworth iaitu Butterworth Art Walk. Dalam meniti arus kemodenan ini, banyak lokasi bangunan lama di Pulau Pinang yang telah dibaik pulih dengan lukisan-lukisan yang menarik. Salah satu daripadanya ialah Butterworth Art Walk. Siapa sangka lukisan seni ala graffiti Butterworth Art Walk menjadi satu tempat tarikan orang ramai di Butterworth untuk mengabadikan kenangan di sini . Butterworth Art Walk adalah hasil karya seniman Pulau Pinang dan sejarah negara yang kaya.Kebanyakan yang menjadi buruan adalah daripada pelancong luar. 

Sebagaimana yang kita ketahui, walaupun tiada kenderaan yang boleh disewa seperti di Street Art Penang tapi ia tetap menjadi kebanggaan orang ramai terutamanya masyarakat Butterworth itu sendiri. Selain itu, Butterworth Art Walk merupakan program kolaborasi di antara arkitek kelahiran Butterworth, Zaini Zainul dengan MPSP dan Think City. Projek ini dipilih sebagai satu inisiatif untuk menghidupkan lorong-lorong bangunan yang tidak terjaga tetapi selamat dan strategik. Bukan itu sahaja, ia juga mempunyai impak yang positif dalam memberi mesej melalui kaedah pendidikan yang disampaikan secara lukisan. Konsep yang diketengahkan dalam lukisan seni itu memaparkan sejarah Butterworth. 

Untuk makluman semua, terdapat tujuh (7) orang pelukis yang diberi tanggungjawab iaitu Shazwan Jalil, Syamsul Addenno, Suhaimi Ali, Hadi Ramli, Nazmi Jamarudin, Shahidan Muhamad, Amir Andha dan Azmi Husin.Tahukah anda ? Masa dahulu laluan ini kosong dan  tiada apa yang menarik tapi sekarang hasil seni cantik dan menarik telah terpamer di dinding-dinding bangunan kiri dan kanan. Bak kata mutiara, sejarah adalah masa lalu dan ambillah keputusan berdasarkan masa depan.

 

Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING