1 min read


          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang sebuah syarikat pengilang gula iaitu Malayan Sugar Manufacturing Prai Berhad (MSM) yang terletak di Perai, Pulau Pinang. MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM), yang diperbadankan pada 10 Mac 2011, mempunyai warisan gula yang bermula dari pembentukan Malayan Sugar Manufacturing Company Limited (MSM Co.). Tahukah anda ?  MSM merupakan pengeluar kilang gula yang terbesar di Malaysia. Umum mengetahui bahawa, MSM dulunya adalah milik jutawan gula, Tan Sri Robert Kuok. Pada tahun 2009 Tan Sri Robert Kuok telah menjual sepenuhnya ekuiti dalam MSM.

Sementara itu, pasti ramai yang tertanya – tanya siapakah yang menerajui MSM pada masa kini. Tidak lain dan tidak bukan adalah Ketua Pegawai Eksekutif, Mohamad Amri Sahari. Selain itu, MSM yang disenaraikan di Bursa Malaysia Securities pada 28 Jun 2011 memiliki dua anak syarikat iaitu MSM Prai Berhad (sebelum ini dikenali sebagai Malayan Sugar Manufacturing Company Bhd.) dan MSM Perlis Sdn. Bhd., (sebelum ini dikenali sebagai Kilang Gula Felda Perlis Sdn. Bhd.) yang masing-masing ditubuhkan pada 1959 dan 1971. Hari ini, bukti yang jelas dan terkini yang berkaitan dengan perkara ini menunjukkan MSM adalah salah satu daripada 60 syarikat teratas di Bursa Malaysia dengan permodalan pasaran sebanyak RM2.4 bilion.

Ringkasnya, dengan kepakaran yang MSM ada dalam penapisan gula serta keadaan dunia yang kekurangan kilang penapisan, MSM telah mengambil peluang-peluang ini dengan mengambil langkah memeterai MOU dengan United Arab Emirates-based Al-Khaleej International Ltd bersama-sama membina kilang penapisan yang berteknologi canggih.


Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING