1 min read


          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang terminal feri yang terletak di Butterworth. Perkhidmatan feri dari Butterworth ke Pulau Pinang merupakan feri penumpang pertama dan paling tua masih beroperasi di negara ini. Perkhidmatan ini dimulakan buat pertama kalinya pada tahun 1894 dengan mengangkut kenderaan dan orang ramai dari Tanah Besar ke Pulau Pinang. Perkhidmatan feri ini diusahakan oleh sebuah syarikat adik beradik Quah Beng Kee yang berpengkalan di Pulau Pinang. Pada tahun 1924, perkhidmatan ini telah diambil alih oleh Lembaga Pelabuhan Pulau Pinang yang kemudiannya memperkenalkan perkhidmatan feri yang lebih besar dan selesa. Setahun kemudian, sebuah jeti baru dibina iaitu Church Street Ghaut, Pulau Pinang dan jeti Mitchqel Pier di Butterworth.

Selain itu, pada tahun 1956 dua buah jeti baru iaitu Pengkalan Raja Tun Uda di Pulau Pinang dan Pengkalan Sultan Abdul Halim di Butterworth dibina. Ia dirasmikan oleh Tunku Abdul Rahman pada tahun 1959. Beliau telah menamakan pengkalan baru di Pulau Pinang dengan nama Raja Tun Uda, iaitu Gabenor Pulau Pinang yang pertama. Beliau kemudiannya menyeberang dengan feri ke Butterworth dan menamakan pengkalan di situ sebagai Pengkalan Sultan Abdul Halim, iaitu Sultan Kedah Darul Aman.

Intihanya, feri-feri ini beroperasi dalam anggaran setengah jam satu feri. Untuk pengetahuan umum, harga tiket telah diperkenalkan sejak 1 Mei 2005 dan masih dijalankan sehingga kini.. Kini, terdapat lapan buah feri yang beroperasi bermula jam 5.30 pagi sehingga jam 1.00 pagi dan feri-feri yang membawa penumpang pejalan kaki dan kenderaan ini berlepas dari terminal setiap lapan minit sekali pada waktu puncak dan bilangannya berkurang menjelang tengah malam. Perjalanan feri hanya mengambil masa 15 hinggan 20 minit untuk menyeberang antara Butterworth dan Georgetown.


Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING