1 min read

          

          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang Restoran Nasi Kandar Subaidah yang terletak di Taman Bagan Ajam, Butterworth, Pulau Pinang. Nasi kandar adalah satu hidangan utara Malaysia yang popular, dan berasal dari India dan dimashyurkan oleh pedagang India Muslim dari India. Ia satu hidangan nasi kukus yang boleh tawar atau sedikit berperisa, dan disajikan dengan kepelbagaian kari dan hidangan sampingan. Perkataan Nasi Kandar, timbul sewaktu waktu kelihatan penjaja nasi menjinjing (mengandar) tiang yang menggantung dua bekas nasi. Nama itu telah kekal dan hari ini perkataan Nasi Kandar ada kelihatan pada kebanyakan restoran Tamil Islam atau "Mamak Malaysia" dan gerai hidangan India Muslim. 

Nasi untuk dijadikan nasi kandar biasanya diletakkan dalam bekas kayu kira-kira tiga kaki tinggi yang memberi ia satu bau tersendiri. Hidangan nasi kandar dilengkapi oleh daging seperti ayam goreng, limpa kari, daging lembu, telur ikan, udang atau sotong goreng. Bermula dengan penubuhan Restoran Nasi Kandar Subaidah pada tahun 1998, menjadi titik tolak Syarikat berkembang dan menjadi tarikan kepada penggemar makanan ala “Kandar” Pulau Pinang. Melihat kepada kapasiti pasaran serta permintaan yang tinggi, maka pemilik mengorak langkah untuk berdaya saing dengan menubuhkan Syarikat Persendirian Awam iaitu Restoran Nasi Kandar Subaidah (M) Sdn. Bhd. pada tanggal  28hb September 2000. Dengan peningkatan ini, perniagaan Restoran Nasi Kandar Subaidah (M) Sdn Bhd telah mendapat tempat segmen pasaran makanan tempatan di Malaysia khususnya di Pulau Pinang. 

Memandangkan pertumbuhan positif dalam perniagaan F & B, Restoran Nasi Kandar Subaidah (M) Sdn. Bhd. telah mendapat bahagian pasarannya untuk pembekal makanan tempatan di Malaysia, terutama di Pulau Pinang. Sehubungan itu, pihak lembaga pengarah Restoran Nasi Kandar Subaidah (M) Sdn. Bhd. mengembangkan aktiviti dengan menambahkan cawangan – cawangan diseluruh Pulau Pinang  dilokasi yang strategik. Baiklah, setakat itu sahaja maklumat yang saya kongsikan kepada anda semua. Selamat membaca :).


Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING