1 min read

          Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Hari ini saya ingin berkongsi satu penceritaan tentang latar belakang Hutan Belakang Air Hitam Dalam. Kawasan ini merupakan sebuah hutan paya air tawar yang terletak di Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang yang mempunyai keluasan lebih kurang 10 hektar. Selain itu, hutan paya air tawar ini mampu memberi pengalaman menarik kepada setiap pengunjung yang bertandang. Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam ini dibahagikan kepada zon yang berdasarkan spesis dominannya iaitu nipah, putat, jejawi dan malabera.

Hutan Pelajaran Air Hitam Dalam ini menjadi tumpuan para pelancong dari dalam dan luar negara terutamanya penggemar burung kerana kawasan ini merupakan habitat pelbagai jenis spesis burung dan juga tempat persinggahan burung hijrah. Terdapat lebih daripada 150 ekor burung telah ditemui di hutan ini. Kebiasaannya, pada bulan Oktober hingga Jun, taman rekreasi yang berada di bawah seliaan Jabatan Perhutanan Pulau Pinang dan tidak mengenakan sebarang bayaran kemasukan menjadi tumpuan para pelancong dari dalam serta luar negara terutamanya dalam kalangan para penggemar burung.

Tambahan pula, lokasi rekreasi tersebut berhadapan dengan bendang-bendang sawah padi yang menghijau. Sungguh terasa nyaman dan sejuk mata memandang.  Tuntasnya, untuk mendapatkan waktu yang terbaik bagi melihat burung di sini adalah pada waktu awal pagi dan senja. Untuk memudahkan para pengunjung menikmati keindahan panorama alam sambil membuat pemerhatian terhadap spesies-spesies flora dan fauna di sini, kemudahan pelantar pejalan kaki, pondok-pondok rehat, jambatan gantung, pelantar pemandangan, tandas dan dangau disediakan.


Publish by : https://www.masyhurnyabagan.com

Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING