Apa menu yang anda pikirkan jika mendengar kata Oreo? Kek Oreo? Biskut Oreo?
Rupanya selain jadi kek, Oreo juga boleh dijadikan aiskrim.
Lagi kalau cuaca tengah panas berdenting macam ini, memang sedap kalau membuat aikrim Oreo. Bukan hanya disukai kanak-kanak, orang dewasa pun juga menjejes air liur.
Cara menyediakannya mudah, senang dan yang penting serius sedap! Bahan asas aiskrim ini ialah Oreo. Oleh itu resepi ini dipanggil aiskrim Oreo. Siapa yang tak suka Oreo kan. Konfirm mulai dari kanak-kanak hingga orang dewasa mesti suka Oreo.
Mesti anda tertunggu-tunggu resepi ini. Seperti yang dikongsikan oleh Dalisya Rina Queen di Facebook. Resepi ini sudah mencecah 3.6K perkongsian. Tunggu apa lagi, jom buat aiskrim Oreo pelepas dahaga sekarang juga! Puas makan aiskrim.
1. Didihkan campuran susu cair dan pekat didalam periuk.
2. Boleh tambah air jika mahu, ikut tin susu.
3. Tambah 2 sudu tepung jagung (untuk melembutkan) dan sesudu kecil garam (untuk naikkan lemak)
4. Kacau sehingga didih dan matikan api biarkan suhu turun sebentar.
5. Ambil Oreo yang sudah dipatah-patahkankan dan masukkan ke dalam bekas aiskrim (boleh juga kalau nak letak jelly atau choki2).
6. Masukkan kedalam freezer.
7. Siap untuk dihidangkan.
Sila cuba dan bagaikan ke jiran anda untuk merasai kenikmatan, kelazatan dan kesedapan aiskrim homemade buatan tangan anda.
Diterbitkan : https://www.masyhurnyabagan.com
Sumber : https://wiser.my