Mee rebus Sungai Dua di Sri Tambang Permatang Pasir Pulau Pinang ini cukup terkenal dikalangan pengemar udang galah. Lokasi kedai yang terletak di tepi jalan Sungai Dua ini tidak pernah lengang dengan pengunjung. Tapi resepi ita kali ni tak menggunakan udang galah kerana memang agak sukar mendapatkan udang galah di sekitar Johor Bahru sekarang ni. Oleh itu ita gantikan dengan udang biasa yang agak besar sedikit saiznya. Tapi udang ni ita buang kulit untuk memudahkan anak-anak menikmati juadah ini. Jom kita intai resepi yang telah memikat selera ita sekeluarga.
MEE UDANG SUNGAI DUA
By : Puan Zaiton
Rujukan : Buku Planta Resepiku Warisanku
1 kg mee kuning ~ dicelur
2 tangkai daun bawang ~ di hiris halus
1 biji cili merah ~ dihiris halus
3 keping tauhu ~ digoreng dan dihiris
3 biji telur rebus ~ di belah
3 biji limau nipis ~ di belah
sedikit bawang goreng
Bahan Kuah
3 ulas bawang merah ~ dikisar
8 ulas bawang putih ~ dikisar
1 inc halia ~ dikisar
3 batang serai ` dikisar
2 sudu besar cili kisar atau cili boh
230 gm udang kering ~ kisar
2 kg keledek ~ direbus dan di lenyek halus
1/2 kg kentang ~ direbus dan dilenyek halus
2 biji telur ayam
sedikit paste tomyam ~ ita guna 1 kiub tomyam
Perencah sup tulang
3 ekor udang galah ~ ita guna udang biasa
Garam dan gula secukup selera
1. Panaskan minyak dalam periuk
2. Tumiskan bawang hingga naik bau
3. Masukkan semua bahan yang di kisar dan masak hingga garing
4. Bila terbit minyak masukkan cili dan tumis lagi hingga garing
5. Masukkan udang kering masak lagi selama 2 minit
6. Kemudian masukkan keledek damn kentang lenyek tadi
7. Tambahkan sedikit air jikalau kuah agak pekat
8. Masukkan telur ayam, paste tomyam, perencah sup tulang dan kacau hingga sebati
9. Masukkan garam dan gula mengikut selera
10. Bila kuah telah mendidih barulah masukkan udang
11. Masak lagi hingga udang di masak dengan sempurna
12. Angkat dan hidangkan bersama bahan-bahan yang di makan bersama.
Diterbitkan : https://www.masyhurnyabagan.com
Sumber : https://norazlitaaziz.blogspot.com