1 min read

Resepi puding Batik ini saya pelajari dari sahabat baik saya, Datin Fauziah. Pada mulanya beliau memberi sukatan agak agak, tapi akhirnya setelah beberapa kali mencuba, saya telah memperolehi sukatan yang betul betul ngam ngam dengan citarasa saya. Datin Gee adalah sahabat lama saya yang dikenali sejak di minggu haluan siswa di kampus lagi. Kami bukan sahaja tinggal di kolej yang sama tetapi juga fakulti yang sama. Saya sediakan puding ini untuk jamuan makan makan di pejabat sempena meraikan harijadi boss lama dulu. Dah terperap sehingga terlupa untuk di publish....

Dulu saya pernah menyediakan Puding Batik ini tetapi dalam versi berwarna warna. Cantik juga kejadiannya. Boleh klik di SINI. Kadang kadang dengan mengubah warna sedikit sahaja telah menghasilkan kuih yang berlainan penampilannya. Klik di SINI untuk versi biasa yang telah disediakan sebelum ini.

Jom kita tengok resepi yang mudah dan sedap ini. Sesuai untuk hidangan pagi, petang atau bila bila masa sahaja.....


Puding Batik

Oleh: Azie Kitchen


Bahan bahan:

20 - 25 gram agar agar

4 mug air - sukatan 1 mug=350 ml

1 1/2 cawan gula - kurangkan jika tak suka manis

1 tin susu cair

1 sudu besar butter

2 sudu besar tepung kastard

2 biji telur

1/4 cawan serbuk koko


Cara cara:

1. Masak agar agar dengan air sehingga hancur, sebelum dimasukkan gula. Masak hingga gula hancur.

2. Blend semua bahan lain kecuali serbuk koko. Masuk bahan di blend dalam agar agar dan kacau hingga agak     pekat.



3. Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Satu bahagian dicampur dengan serbuk koko yang dibancuh dengan air suam. Manakala satu bahagian lagi biarkan dalam warna asal.



4. Tuang adunan dalam loyang secara berselang seli hingga habis. Sejukkan di dalam peti sejuk kerana ianya sedap dimakan sejuk sejuk. 




Diterbitkan : https://www.masyhurnyabagan.com

Sumber : http://www.aziekitchen.com 


Comments
* The email will not be published on the website.
I BUILT MY SITE FOR FREE USING